Wednesday, 6 November 2013

Majlis Apreasiasi Pengawas 2013

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum


Korang mesti tak percaya kan yang aku ini seorang pengawas? Hahahahaha

Okay. Korang dah tengok kan tajuk apa yang aku nak cerita hari ini? Aku nak kongsi serba sedikit tentang apa yang berlaku pada majlis yang serba sederhana ini.

Sebenarnya majlis ini dah berlalu emm sekejap ya. Emm berapa hari ye? Emm emm hah! Sebenarnya majlis ini dah berlalu selama 7 hari. Maksud nya majlis ini pada hari Rabu minggu lepas bersamaan dengan 30 Oktober 2013.  Kita orang buat majlis ni dekat KFCH International Collage, Bandar Dato Onn'. Bukan dekat HOTEL ya! Hahahaha. 

Tepat pukul 2 petang gitu lah kita orang semua dah sampai dekat Collage tu. First time aku masuk KFC punya collage ni. Besar jugak sebab masa aku masuk dekat pintu utama dia, sebelah kiri aku hotel dia & sebelah kanan aku pulak tempat makan-makan dia. Lepastu kalau straight jalan aje nanti jumpa lif. Lif untuk pelajar yang belajar dekat situ mungkin.

Majlis tersebut bermula dengan bacaan doa & segala ayat apa entah yang pengerusi majlis tu cakap. Kau tahu kan, aku ni memang pemalas kalau dengar orang cakap berjela jela ni. Nak mati aku dengar hahaha lol :b Lepas ucapan pengerusi majlis, kita orang ((pengawas bahagian petang)) buat persembahan cup song. Ya Allah. Kalau korang tengok kita orang buat sumpah bosan. Seriously aku tak faham dengan penolong bahagian petang ni tau. Kalau boleh nak buat semua last minute. Ehh, geram aje aku. Hahahaha

Selepas kita orang dah buat persembahan bagai semua ((sebenarnya aku dah malas nak menaip)) kita orang makan-makan. Sedap wehhh makanan kat sini. Aku paling suka makan cake dia sebab fresh cream doh. Pehh pehh. Siapa tak suka? Abang chef tu buat 2 kali kek tu. Hahaha.

;

  cikgu bagi chocolate ni sebagai sagu hati kut. hahaha

ini lah dia cake fresh cream yang aku cakap tadi :)

 



yay! sayang korang emuahh (geli siot tah pape)

Itu sahaja untuk kali ini. Kalau ada masa aku akan cerita lagi ya! Terima kasih xx


p/s: semalam kan ada orang panggil aku girlfriend niall. ya allah. masa tu aku happy gila. iya lah. nak harap kawan aku panggil aku macam tu? aku rasa nak terjun bangunan je weh. hahahahaha

Monday, 28 October 2013

Manusia.

 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum



Orang kata,
Bila di depan mata kita tak sedar
Akan tentang kehadiran orang yang sayangkan kita itu.

Tapi bila dia dah tak ada
Barulah kita sedar betapa kita perlukan dia.

Ini lah nama nya manusia
Tidak pandai menghargai.

Maaf.


(motif? hm aku sedih, takda siapa kisah. sabar wahai hati)


Tuesday, 4 June 2013

Cuti Sekolah

Assalamualaikum.


Maafkan azie sebab azie terlambat update entry kali ini sampai dah minggu terakhir cuti sekolah baru azie nak update. Azie mintak maaf sangat-sngat (╯_╰) Okay. Just forget about that. Now kita cerita pasal cuti sekolah. Ape yang best sangat cuti sekolah ni? Azie tahu dekat sekolah kalau cikgu or pengetua cakap cuti sekolah, mesti ramai yang sorak kan? Hihi. Mereka bersorak sebab, lepas ni lepas cuti diorang boleh relax-relax dekat rumah. Goyang kaki macam Boss dekat rumah kan? Tapi ada sesetengah daripada mereka juga akan pergi bercuti bersama family tersayang ye tak?

Kepada yang bercuti dengan family tersayang, mesti seronok kan? Azie cuti 2 minggu ni duduk rumah jaga adik jek. Parent's azie dua-dua kerja. So, tak dapat lah azie nak pergi bercuti. Sedih kan? T.T Cuma sabtu and ahad jek azie dapat jalan-jalan dengan family azie. Itu pun pergi shopping mall sekadar cuci mata. But sometimes, kalau poket tebal beli barang sekali (^。^) Btw, hari sabtu and ahad ni mama cakap nak balik kampung sebab pakcik azie khawin. Yuhooo ! Congrate pakcik. 

Tapi, ada juga antara mereka yang tak pergi bercuti, mereka cari kerja. Example like, tolong parent's berniaga untuk dapatkan pendapatan yang banyak. Lagi-lagi cuti sekolh macam ni. Confirm ramai orang beli. Ye tak? Tapi kita tak boleh kerja memandangkan umur kita yang bawah 18. Kan kan kan? Ehh? Ape yang azie merepek ni sampai bahagian kerja pulak dahh? Aiyoo -_-

Okay. Korang just buat endah tak endah jek pasal paragraph yang ketiga tu. Sesungguhnya takde kene mengena langsung dengan tajuk yang azie nak cerita hari nii. Nampaknya azie dah terserong ke cerita lain. Hihi. Okay. I think this is enough. Ehh, kalau korang nak tahu azie aktif dekat dekat Twitter jek tau. Haha. Okay. Bhaiii :)

Wednesday, 15 May 2013

Queen

Bismilahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum

Image result for mom harry potter gif

Okay, selamat pagi kawan kawan sekalian. Eh, dah petang lah dol hahahaha. Harini aku nak cerita pasal salah seorang ahli dalam family aku. Nak tahu siapa? Hah, tengok tajuk pun mesti dah tau en lmao.

Mama ni baik orangnya (semua mak dalam dunia ni pun baik gak aku rasa) Masa sekolah rendah dulu selalu mama bawakkan bekal, em sebab tu gemok hahahaha. Dia rajin, pandai uruskan masa, sabar, prihatin (of course lah) Jenis "the best mom" punya lah! Hah thumbs up 👍 cikit hahaha.

Kalau bab masak memasak ni peh memang tiptop ah dia masak do. Kadang tu sampai 2-3 kali hengko aku tambah nasi. Tapi kalau tak baca doa tu, lain ah en aduhmak. Mama ni pun pandai buat kek & other manisan. Kalau dia rasa mengidam (aip aip) nak makan sesuatu, mesti dia buat. Or dia nak cuba buat sendiri. Kek paling sedap aku suka bila mama buat..... JENG JENG JENG KEK KEJU WUUUU!! Serious do sedap nak mati. Kalau nak order pun boleh gak hahahah (gurau je jangan amik serious do)

Mama ni, sebenarnya dia tak terror math macam papa. Kalau aku tanya dia soalan math yang aku sendiri pun takleh buat, she'll say "hah? mama tak faham lah, tanya papa lah" and then i be like "uh.... ye lah ye lah" 😂😂

Aku taktahu nak cerita apa lagi pasal mama. So better aku berhenti kat sini dulu lah. Yep have a nice & great day people! Bye, lot's of love! :)x


p/s: Love your mom, thanks your mom and give her a better served in your heart. Your da bomb mama! I love you to the moon & never come back 😍😘💋

Kawan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum



Ya allah, rindunya aku dekat kau hm. harini aku tak tahu nak update apa memandangkan ini blog baru aka blog kedua aku sebab blog yang lama dah broke and idk how to fix it and i'm crying because that was my first blog since i'm in year5 (2011) and the most importance papa buatkan blog tu. Ya allah sedih gila aku.

Maaf aku dah jauh sangat, hahahaha. Tajuk lain, lepastu cerita lain. Eh tah pape je kau ni ziera, lol. Okay jadi kau nampak kan kawan aku dekat gambar tu? Saje ni nak bagitahu nama dia anna, hahaha. Dialah kawan rapat aku sejak darjah5 sampai sekarang, alhamdulillah. Padahal sekolah sama je, cuma tak rapat dari darjah1 sampailah darjah4. Aku taktahu kenapa ahaha, lupakan. Gambar ni kitaorang ambil masa PKM (Program Khidmat Masyarakat) yang diadakan di eh aku dah lupa dekat mana hahahah. Maaf sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, lol.

Masuk 2013 ni, hm dekat 3tahun juga lah aku kawan dengan nenek mulut kepoh ni. Kalau aku datang rumah dia selalu jenjalan dekat hospital (tu pun kalau aku rajin) Aku stay rumah dia, buat macam rumah sendiri. Biasalah tu kan haha. Kalau kau datang rumah kawan kau, ada ke kau nak terperok je dekat satu sudut rumah dia? Takda kan? Hahahah, sama lah macam aku.

Aku dah malas nak cerita panjang pasal persahabatan kitaorang. Biarlah cerita selebihnya aku dengan Dia. Aku harap persahabatan kita diberkati oleh Allah, insyaallah amin.

Selamat tinggal, Assalam x

Tuesday, 14 May 2013

Assalamualaikum :)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum


Hi gais! Nice to meet you. For your information, this is my new blog. I made it because my old blog was too stupid. I don't really know what are the problems that occured. Just need to go. See you next time.

xoxo