Friday, 26 December 2014

If I Stay Collage

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum
 

Korang ingat lagi tak movie/novel If I Stay tu? Siapa yang tengok movie tu or baca novel tu mesti lah ingat kan! Hehe harini aku nak share something. Apa dia? Hah, mesti korang curious en? Hahahaha

Semalam aku ada jumpa kat instagram sorang ni dia buat poster IFS tapi letak muka dia. Aku pun memula nak tanya, tapi disebabkan perasaan malu aku ni tinggi menggunung, tak jadi lah nak tanya dia :carefree:

So, tadi aku tanya lah si pakcik google ni cemana nak buat hah pastu nasib aku baik, aku terjumpa satu blog ni dia bagitahu cemana nak buat. Aku pun bukak blog dia dan jeng jeng jeng dia bagi link cemana korang boleh buat benda ni. Ingatkan nak post gambar yang aku dah buat tapi nevermind lah, muka saya huduh sangat :crazy:

Ni link dia SINI. Tapi satu je masalah kat poster ni, dia tak boleh nak tukar nama "Chloe Grace Moretz" tu kepada nama kita. So, korang bolehlah acah acah yang korang ni CGM hahahahaha

Annyeong x ((credit; Lis Les Livres))

p/s; maaflah ye kalau aku ni lame nak mampos, sebab tak pernah pun terfikir nak buat ceni

Tuesday, 23 December 2014

Online Shops; Instagram

 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum


Harini aku nak update pasal instagram online shops hehehe. Ye, aku akan bagi account yang selamat untuk korang sume shopping. Kekadang tu aku ada lah gak en teringin nak beli tapi rasa menyusahkan parents pulak nak bank-in duit hahaha 

Kepada korang yang nak beli barang yang memang dah lama korang cari tapi tetap tak jumpa, yang first time nak try online shopping dan si window shooping (macam aku lol) boleh teruskan baca entry ni sampai habis hew

Aku malas nak bebel bebanyak so aku terus bagi korang je okay? :n3n:

Girl Stuffs;
blooberryshoppe // wide shawl&bawal
fjwardrobe // baggy dress
hijabbyus // wide shawl
staymodesty // handsocks&socks
malaquehijab // wide shawl&bawal
hasnurhaniim // handsocks/dress/tudung labuh/socks
zuzadotes // dress abaya (custom made)
freneticism // handmade&accessories

Muslims Stuff;
darlinas_wardrobe // Al-Quran warna warni

One Direction Stuff;
onedirectionshopmy // (kawan aku punya)

Kpop Stuffs;
dazedkstore // (kalau nak beli album, aku suggested beli kat sini sebab aku rasa murah sikit kut)

Polaroid/Instax Stuffs;
thirshoppe // instax camera original from FujiFilm
kakiaart // print polaroid 20pcs for RM10 (it's cheap isNT?!)

Phones/Laptop Stuffs;
xenthic_ // totebags pun ada tau (custom made)
rebelpopmerch // (custom made)
redstella // shawl pun ada tau

Tumblr Stuffs;

Okay done with that. Semoga korang sume puas hati lah ya. Sume account ni memang trusted punya and tidak perlu diragu ragu. Aku sendiri follow diorang ni. Kalau still ragu ragu jugak, pergi follow then tengok diorang punya feedback dari customer :face64:

See you in next post x

p/s; entry ni bukan nak promote orang punya insta tau. Aku cuma nak share dengan korang yang belum tahu tu je, sekian x

Monday, 22 December 2014

Goodluck (?)

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

Uhm hi sume. Apa khabar hehehhehe (ini terlalu janggal bagi aku) 

Tahniah kepada seniors form3 yang dapat straight A's & yang tak dapat straight A's. Jangan lupa ucap "alhamdulillah" dan bersyukur dengan result korang. Yang tak dapat straight A's tu pun kena buat jugak tau. 

Ingat, ni baru pertengahan. Dua tahun nanti korang akan amik SPM pulak. Time tulah korang kena struggle habis habisan sebab tulah penentu masa depan korang sebelum melangkah ke alam dewasa. Aku cakap ceni macam dah lepas form5 je lol

Goodluck for me next year! Alah, bape bulan je pun tinggalkan life fangirl ni hahahahahaha watlek watpis lah kan, bukannya mati pun :face4:

Monday, 15 December 2014

Besarnya Neraka

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

p/s; credit to SahabatNasihat thank you! :)