Friday, 29 August 2014

Eid Mubarak

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Ye, aku tahu hari raya dah habis. Tapi aku mana sempat nak share cerita masa raya haritu dengan engkau-orang semua haih. Kau bayangkan, naik cuti hari raya seminggu pastu terus exam UB2. Siapa tak panas en aku cakap. 

Orang tengah seronok kutip duit raya (termasuk aku) boleh pulak pengetua nak buat exam. Adoh mati lah nak. Dah lah tak prepare apa pun.

Oh ya, sekarang dah habis exam. Dan aku rasa sangat happy walaupun exam akhir tahun belum habis. Smh. Okay, sekarang aku memang malas nak cerita pasal exam. Elok aku cerita pasal hari raya haritu.

Hari pertama raya, kau mesti rasa excited gila lah kan. Sama macam aku. Walaupun sebelum raya tu aku tak rasa excited sangat sebab... ntah lah sebab apa. Aku pun dah lupa.

First Eid;

 family potrait

  family potrait of mama's family

gambar atas takda papa, yang ni baru ada huhuhu

Second Eid;

entah kat rumah siapa, aku lupa

Hari kedua, papa dah takda. Papa pergi pahang (which is his hometown) Kitaorang adik beradik termasuk mama tak ikut sebab takut mama terberanak kat sana dah susah kena ulang alik. Lagi satu bahaya weh. Jalan jauh tu.

Dan hari kedua tulah, kitaorang semua jalan jalan satu kulai which is sedara mara belah mama. Peh puas do. DUIT RAYA BERKEPUK WEH DALAM POKET hahahahaha. Lagi satu, aku dapat jumpa dengan diaorang yang aku tak kenal. Alah bukan selalu pun kan dapat jumpa.

Nak dijadikan satu cerita lah kan, masa hari kedua raya tu. Kitaorang semua pergi lah beraya dekat rumah atuk (aku lupa nama dia siapa, maaf) adik sedara (6 tahun) aku, nama dia Sirhan. Dia tanya lah dekat atuk tu;

Sirhan; Atuk, atuk kerja apa ah?
Atuk; Atuk kerja tanam pokok pisang dengan ubi je. Kenapa?
Sirhan; Oh, patutlah atuk kaya. Nanti dah besar saya nak kerja macam atuk lah.
Atuk; Heh, bapak kau kerja apa?
Sirhan; Bapak saya tak kerja.
Atuk; Patutlah tak kaya2.

and the whole people in the house were laughing so hARD HAHAHAHAHA I CAN'T BRUHH!!

Ah, benda paling lawak aku pernah dengar. Gelak tak habis sampai nak balik duk dalam kereta pun masih gelak. Kalau kau ada masa situations tu berlaku, aku confirm kau pun akan gelak sampai pecah perut.

Hah, itu je kut aku nak cerita. Okay, have a nice day people. Assalamualaikum x

p/s: his father sebenarnya berkerja. dia ada kedai sendiri and dia selalu jugaklah duduk rumah sebab tu anak dia cakap bapak dia tk kerja luls

Thursday, 17 July 2014

Shoots

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

 

haip ape ni, jangan lah terliur brader. ni baru nugget tiga ketul bersamaan sos cili yang boleh dikatakan sebanyak tapak tangan hahaha

Alhamdulillah, harini aku berkesempatan untuk menaip lagi satu entry. Hai maklum lah, dah alang alang bukak laptop apa salahnya update entry baru sementara ada idea datang. Kang nanti bila idea dah takda, susah pulak en nak menaip nya tu haish

So let's start our entry with the title for today. Okay, aku memang tak tahu nak letak title apa untuk entry ni hahahah so i just type that kind of title so faham faham sendiri lah kan. malas aku nak terangkan. Kalau dah baca perkataan shoots, apa benda pertama yang korang fikir?

Ye! Pandai pun anak murid saya. Semestinya bila dikatakan shoots, korang akan terfikirkan tentang gambar, seorang photographer & yang sewaktu dengannya. Nak kata aku ni photographer profesional pun takda lah pro sangat en. Alah aku guna pun camera biasa je, maklum lah tak mampu lagi nak beli camera besau besau yang photographer guna tu sobs sobs sobs

I use this Canon Power Shoot A2300 Camera so apelagi pi lah google camne bentuk camera ni hah. Okay aku malas senanya nak taip lagi, let's go through the pictures.

DISCLAMIER: ALL THE PICTURES BELOW ARE MINE. I TOOK THEM BY MY OWN.










I've alot of pictures that I took but- all the pictures was in the another account. Plus, the account seems like blocked & i can't open it whAT A LIFEEEEE!! I lost all the pictures :( I'm so sorry but kalau aku amik gambar yang cecantik en, insyaallah aku upload. Tak janji hahaha. Selamat malam, Assalamualaikum xoxo

Friday, 11 July 2014

Big Exams

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum



Yay alhamdulillah dapat pun aku update entry yang ketiga bagi tahun ni. Ehem bagi TAHUN ni tau BUKAN BULAN NI, harap maklum.

Jadi, apa yang aku nak cerita ni? Entah lah, aku sendiri taktahu lol. Aku sebenarnya takut. Takut sebab tahun depan aku kena hadap PT3 ((oh mama tolong, oh papa tolong, oh Tuhan tolong)) Secara jujurnya, aku tak suka dengan sistem pelajaran yang dah bertukar dari tahun lepas. Rasa macam...

"eh pikir bagus ke ada pbs ni?"

"tah pape je. kejap PBSMR lah pastu PT3 lah"

Oh ya, tolong percaya yang aku cakap macam tu. Please lah PMR lagi okay kut. Takda lah banyak banyak sistem yang memeningkan sampai ceni haih. Tapi bila fikir balik, kenapa aku nak merugut? Diorang nak ke dengar rungutan aku ni? Diorang nak tukar balik ke sistem ni? Oh, semestinya tidak.

Bak kata cikgu, apa pun yang terjadi kita kena juga belajar. Aku harap aku dapat buat & jadi yang terbaik untuk parents aku, insyaallah. Have faith in Him. Banyakkan berdoa.

Malas nak taip lagi. Jumpa di lain cerita, assalamualaikum :)x



p/s; Selamat berjaya kakak-kakak & abang-abang batch '99! All the best weh! Insyaallah x

Friday, 7 March 2014

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


Dah lama tak ber-update post dekat sini em maklum je lah dah tak boleh selalu sangat bukak laptop, lahai padan muka koo ziera! 

Untuk entry terbaru kali ini, aku nak kongsi lah sikit en dengan korang yang tengah membaca (walau aku tahu takda siapa pun baca, aha sad lyfe doh) cerita yang paling hot, gempak confirm meletop punya lah! Ahaha, beria k beria. Jadi, pada 22 Feb yang lepas sekolahku rumahku (cehhhwaahhh ko hadoooo?) ada buat aktiviti maulidur rasul. Sekolah lain semua dah buat, sekolah aku je aku rasa baru buat haih ahahah.

Mula mula datang sekolah tu, aku nampak semua pakai baju lelawa kan. Em maklum lah selalu pakai baju sekolah yang takda blink blink cam baju raya hahahahahahaha. Ada yang pakai warna lembut, yang striking lagi ah ko, peh nak tertanggal biji mato aku ni, lol. Aku pakai baju raya tahun lepas je sebab baju tu jelah yang aku paling selesa. Yang lain semua buat perhiasan dekat almari, entah siapa yang pakai dalam almari tu pun aku taktahu hahahah.

Lepastu lepastu, aku pun berselfie lah dengan budak kelas aku yang "pandai to max" eh, engko penah dengar ke ayat tu? hah lantak lah janji kau faham hahah. nama pun budak pandai, bila nak amik gambar dia malu malu. pikir ko artis keeeeeeeee? tolong k tolong.

Budak budak non-muslim ni pun pergi sekali tapi takda lah join kitaorang. Diorang dengan aktiviti diorang sendiri. Entah apa aktiviti pun aku taktahu, ahah. Aku dah malas nak menaip sebenar benar benar benar benarnya lol. Jadi selfieeeee timeeee! Hahahahah

;

 sekolahku rumahku ahah

 kakak senior kuuuuuuu

krik krik krik

macam shomel je macam santek je je je je je

 -

masa diorang tengah berarak aku tak ada sebab kena teman kawan aku. so aku letak gambar ni je lah em sedih sangat (insert sad emoticon)

 -

 aku suka gambar ni shomel sangat lol

 semua iklan colgate ahah

So, apa yang kau nampak sepanjang gambar semua tu? Kitorang tahu kita orang comel tolong k jangan ulangi lagi haha. Akhir kata terima kasih kepada @nanie, @anis, @sabrina, @acai, faiq danish, @aziqakil & zairul kerana sanggup bergambar dengan aku yang comel lagikan cantik ni ahahah! Oh ya, tak lupa juga kepada akak senior kuuu alisya, @amaghni, @ajja, @aqra, natrah, mia & laila. Terima kasih ye sebab sudi masuk dalam camera iolls (acacah gedik jap) 

Assalamualaikum, semoga jumpa di lain cerita dan tarikh (:x

p/s; i) semalam aku mimpi seram, takut sangat. aku takut kalau mimpi tu terjadi. ya allah, aku mohon semoga mimpi tersebut tidak berlaku sekali lagi amin.
ii) al-fatihah kepada ayah eqi, kawan baik aku yang baru meninggalkan dunia ini pada pagi tadi, subahanallah. semoga rohnya ditempatkan di tempat orang orang yang beriman, amin.